PANDUAN MEMBELI PRODUK KECANTIKAN ONLINE - BILA HAIFAHAKIM MENULIS.......
MANA LEBIH MENGUNTUNGKAN : HARGA TERMASUK POS (POS FREE) ATAU HARGA TIDAK TERMASUK POS??????
membeli barangan online merupakan trend pada masa kini. banyak kelebihan yg kita boleh dapat sperti:
i) harga produk lebih murah kerana kos sewa kedai/ premis, kos pekerja, kos pengangkutan tiada.
ii) menyenangkan pembeli kerana tidak perlu kemana - mana untuk membeli - hanya duduk depan komputer sahaja..
iii) kepelbagaian produk dan harga ditawarkan - pembeli boleh survey sehingga mendapat penjual online yg menawarkan harga termurah bagi barangan yg sama!
walaubagaimanapun, ada satu isu yg selalu bermain di fikiran pembeli. terdapat penjual online yg menjual barangan dengan harga yg ditawarkan termasuk harga pos dan ada juga penjual online yg menawarkan harga tidak termasuk pos????? jadi yg mana lebih menguntungkan pembeli????
ada juga penjual online yg meletakkan harga produk dan kos pos percuma( free pos).....mengelirukan bukan???
disini, haifahakim beauty house selaku penjual dan pembeli produk kosmetik online berasa bertanggungjawab untuk menyatakan panduan memilih produk kosmetik secara online....
tips:
i) tiada istilah free pos sebenarnya, ini hanyalah strategi penjual online, sebenarnya kos pos telah dimasukkan ke dalam harga barangan tersebut...
contohnya,
disatu web penjual online yg tak boleh disebutkan nama;
set krim polla whitening berharga rm28 (free poslaju)
di satu web lain pula, set ini berharga rm17 tidak termasuk poslaju...
jika dilihat perbandingan ini, mungkin pembeli online akan tertarik dengan free poslaju...
tapi yg sebenarnya adalah:
kos poslaju hanya lah rm6 (semenanjung malaysia) bagi berat produk kurang dari 500g atau 1/2kg...
oleh itu jumlah harga set polla bagi contoh kedua adalah rm17 + rm6 = rm23.00 shj!!!
dengan memilih peniaga online kedua pembeli untung rm5.00!!!
contoh kedua,
bagaimana pula bagi pembelian lebih dari satu?????
di xxx. com, thanyaporn be fit dijual dgn harga rm33(free poslaju)
di yyy.com , ia dijual rm27 tidak termasuk pos....poslaju semenanjung rm6, jadi jumlah rm33...
sama je jumlah akhirnya rm33!!!!!
namun jika pembeli membeli 2 set,
di xxx. com , harga pembelian adalah rm66..
di yyy.com pula harga pembelian adalah rm54 tidak termasuk poslaju...kos poslaju masih rm6 kerana berat barang masih kurang 500gram!!!!! jadi harga pembelian di yyy.com adalah rm60!!!! pembeli untung rm6....
perbezaan ini akan lebih ketara bagi pembelian kuantiti lebih byk!!!
ii) bagi produk kosmetik thailand, tiada isu original atau palsu...kerana menurut supplier dari thailand sendiri, tidak berbaloi untuk membuat produk palsu kerana kos produk yg original pun adalah murah...jadi daripada berusaha untuk mengeluarkan produk palsu lebih menguntungkan menjual yg original terus..contohnya, ramai yg bertanya sabun susu beras palsu, kapsul gluta 200k palsu, sabun k brothers palsu, sabun snow lotus palsu dan sebagainya.
iii) bagi produk jenama terkemuka dan well establish, contohnya, MAX factor, Lancome, Loreal, Bio therm, Gucci, CK dan pelbagai lagi, jika produk ini ditawarkan dengan harga yg sangat berbeza dari harga pasaran, maka 99% produk tersebut adalah ciplak/ palsu/ imitate....(1% lagi adalah original, jika beli di bundle)
apapun ia nya bergantung kepada pembeli, duit anda dan anda berhak untuk membeli dimana - mana anda suka!!!!! haifahakim beauty house hanya bagi petua je...hehhehehhehe....
No comments:
Post a Comment