Jerawat merupakan salah satu penyakit kulit yang paling tidak disukai
terutamanya oleh golongan wanita yang sangat-sangat mementingkan
kecantikan. Adakalanya, kita telah mencuba pelbagai produk kecantikan
dari yang murah hingga ke mahal, tapi tetap tidak berkesan untuk
menghilangkan jerawat.
MENCUCI WAJAH 2 KALI SEHARI
Mencuci wajah 2 kali sehari akan membantu menghilangkan minyak di
permukaan kulit kita. Jika kita jarang membersihkannya, maka bakteria
penyebab jerawat akan hidup subur di wajah kita. Namun ingat..jangan
mencuci wajah apalagi menggosok wajah secara berlebihan kerana ia akan
meningkatkan minyak "sobaceous" yang dapat menyebabkan masalah kulit
pada wajah. Cucilah wajah 2 kali sehari dengan menggunakan sabun yang
lembut.
SESUAIKAN KOSMETIK DENGAN JENIS KULIT ANDA
Jika kulit anda berminyak maka gunakanlah kosmetik untuk kulit
berminyak, jika kosmetik yang anda gunakan tidak sesuai dengan jenis
kulit anda..jerawat akan segera tumbuh pada wajah anda. Jadi
berhati-hatilah dalam memilih kosmetik.
HUBUNGI KAMI UNTUK PRODUK KOSMETIK YG SESUAI!!!
GUNA TUALA YANG BERSIH DAN KERING
Keringkan wajah kita dengan tuala yang bersih setelah cuci muka atau
mandi, kerana bakteria sangat menyukai tempat yang lembab dan hangat.
MINUM AIR PUTIH
Hampir 70% kulit kita terdiri dari air, dengan minum air secukupnya setiap sehari, kulit kita akan selalu sihat.
GUNAKAN PELEMBAB KULIT
Menggunakan pelembab akan membantu menyihatkan kulit kita, terutama dari kulit kering dan pecah-pecah.
SELALU PASTIKAN KULIT WAJAH BERSIH SEBELUM TIDUR
Selalu cuci muka anda sebelum tidur. Tidur bersama make-up di muka adalah dilarang sama sekali.
MAKAN SAYUR DAN BUAH
sayur-sayuran mengandungi banyak vitamin yang menyihatkan kulit kita.
Perbanyakkanlah makan sayur atau buah, terutama yang mengandung vitamin
E. Dengan kulit yang sihat, jerawat akan sukar untuk tumbuh dan
berkembang.
TIDUR YANG CUKUP DAN TERATUR
Kulit juga sama seperti kita, perlukan rehat yang cukup. Jadi
biasakanlah untuk tidur yang cukup dan teratur. Keranana apabila kita
tidur, kulit akan membuang racun yang berbahaya sehingga kita bangun
keesokan harinya kulit kita akan kembali segar.
Cara menghilangkan jerawat diatas merupakan tips menghilangkan jerawat
yang sangat mudah untuk diikuti. Jika anda melakukannya dengan teratur
dan disiplin, wajah anda menjadi segar dan mulus.
IKLAN: HAIFAHAKIM BEAUTY HOUSE MENYEDIAKAN PELBAGAI PRODUK KOSMETIK DGN HARGA BERBALOI!!!!